Jumaat, 21 Disember 2012

PEMBUATAN REHAL MPK LORONG 3 SELATAN, SERIA.

MPK Lorong 3 Selatan, Seria telah mempertingkatkan lagi penghasilan produk kampung mereka dengan projek pembuatan rehal. Dengan adanya produk terbaru ini akan dapat memberi kepelbagaian dalam produk penghasilan Kampung Lorong 3 Selatan serta mempertingkankan lagi tahap perekonomian dari segi pendapatan.


Bentuk Rehal yang dihasilkan oleh MPK Lorong 3 Selatan






PRODUK UTAMA MPK KAMPUNG LORONG 3 SELATAN SERIA, "SESAGUN BERAS"


Sesagun Beras adalah produk utama yang diusahakan oleh Ahli Majlis Perundingan kampung Lorong 3 Selatan Seria. Projek pembuatan sesagun ini bermula pada bulan Jun 2010, dan mula dilancarkan pada 23hb November 2010. Projek pembuatan Sesagun Beras diusahakan seramai 29 orang ahli MPK Lorong 3 Selatan, Seria dengan kerjasama penduduk kampung secara berkumpulan.




Projek pembuatan Sesagun Beras ini betempat di Dewan Pejabat Daerah, Seria. Produk ini boleh didapati di Gerai Tamuneka, Kg. Sungai Bera Seria, Nyam Nyam Corner, STKRJ Seria, dan Yick Fatt Supermarket, Seria.